ucapan dr SEVEN



Anak Sdara Ke 3

ari nie aku nk cite skit je...kelmarin aku baru je dpt anak sdara baru..anak sdara yg ke 3..kelmarin akak ipar aku selamat melahirkan anak lelaki jam 10.30am pada 1.9.2009 di Hospital Serdang, Selangor...kebetulan org umah aku cuti sbb ma dia dtg...mula2 g klinik pesakit nk chek org mengandung..biasa lah 1 bulan sekali..bila dah duk klinik..akak ipar aku ni dah mula2 sakit ni lak...trus bw g hospital. time aku keje...tk apalah org umah aku tlg tgk2 kan...org umah aku teman lah kat hospital dlm t'ari dia balik umah kak ipar aku untuk memasak berbuka nanti...aku relax je kat opis kena pulak hujan..sejuk...pukul 4.30pm aku pun balik umah...org umah ajak aku g hospital tgk akak dia aku pun trus ambik kete dgn membawa bekalan nk berbuka kat hospital...time 2 hujan...bw kete perlahan je...kita semua berbuka kat cafe hospital.......kat sni aku sertakan pic baby dgn emak baby..huhuhuh


tido lagi nie


comel tak sy?


anak dgn emaknya..emaknya tgh lapar 2


time berbuka pose kat cafe hospital...layan je









MAJALAH PENGANTIN



Saje nk letak pic yg telah di edit..kikikiki


kenangan study kat POLITEKNIK KOTA, KUALA TERENGGANU

semalam duk main pc kat umah aku try cari pic time study dulu...jupe pic nie..time nie aku kurus lagi..kikikiki time nie aku ambil kos SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2001-2003 masa aku jadi Wakil kelas 1 SIT B ada 2 kelas SIT..banyak kenangan manis dan panit..huhuh


Hari Kebesaran SEVEN

Tanggal 27.08.2009
ari nie...
HARI LAHIR TUAN PUNYA BLOG INI wah..wah aku dah tua..huhuh umur dah masuk 26 Tahun....Terima Kasih Yg Bagi Ucapan Terutama Isteriku love u so much...mbr UTM...mbr PROSBOC dan mbr yg ingat..TERIMA KASIH SEMUA doakan aku sihat sokmo...panjang umur dan murah rezeki..amin..amin..amin..aku di lahirkan pada
27.08.1983
di Hospital Machang,
Kelantan Darul naim






OGOS
* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pengertian puasa

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam)

Lafaz Niat

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Syarat wajib puasa

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:

1. Islam :
Tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa

3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.

4. Berkemampuan:
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-syarat sah puasa

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:

1. Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal
2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam:
Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

1. Orang yang sakit .
2. Orang yang berkerja buruh.
3. Orang yang dalam musafir (perjalanan).
4. Orang tua yang sudah lemah.
5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Hikmah Puasa

Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

SUMBER :
- JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SuKAF 2009

Pada 08.Ogos.2009 iaitu hari perasmian SUKAF 2009 yg di langsungkan dia Padang UTM International Campus. Penat gile....aku kasi pic dulu lah.....


tgk banner hasil tangan seven

geng2 KSt

geng2 COE (gabungan)

Dr Marlia semangat gile

Menanti perabot CAVENZi

ari nie 05/08/2009 dalam invois...perabot ku akan sampai..tunggu je :P
aku beli set bilik sekali katil,sofa,kerusi makan,table kopi....kerugian nya..rm2+++













set tido



meja kopi


sofa bentuk L


di sni aku dgn org umah beli

Logo SINAR utk KST

Pada 22.07.2009 Player KST / Kontinjen Sinar bagi SUKAF 09 adalah dialu2kan untuk hadir sebagai tanda sokongan / penghormatan untuk Majlis Penyerahan Bendera Sinar oleh Ybhg Prof Dato Dekan KST kepada Ketua Kontinjen yang akan juga diadakan...
cantik tak?hasil dr aku....kira ada jasa kat KSt..leh wak masuk SKT tahun 2009


nak g @ tak?

aku buka web www.spa.gov.my saje boring..tgk ada interview jawatan FT17 Juruteknik Komputer..aku apa lagi klik lah...letak no ic tgk dpt lak


buat logo KST

huuhuh semalam aku duk bt logo KST untuk sukan staf UTM international campus yang di jangka pada 8.8.09 seminggu lepas wan and lily kawin....KST guna nama SINAR huhuh sinar mcm cahaya matahari....aku try bt je logo nie..tak tahu lah ada org suka @ tdk.....jom kita layan.....yang mana cantik ek?


no 1


no 2

Bekas letak hantaran ( hasil tangan geng2 UTM )

ni aku nk cite pasal projek bdk2 nie buat bekas letak hantaran (wan uppk)..di perbuat dari kayu buangan...

orang terlibat : 1. azuan
2. amin
3. azman
4. bai
5. alif
6. anie
7. amad
8. bro nawi

tempat : Bengkel Kayu Kejuruteraan Awam, UTM International Campus

ni pic ketua projek

en azuan (solo lagi)
pembantu kanan


ni hasil kami bt

tunggu 1.ogos 2009 nanti.......

Menanti Bungkusan dr Terengganu

Jam 11.30pg ari isnin 13.7.2009 phone aku bunyi lak...rupa pejabat pendaftar call...dia ckp ada bungkusan dari terengganu...aku dah tunggu dr tadi lagi...akhir dah sampai bungkusan mama aku pos.......pos kelmarin dpt ari nie..terima kasih POS MALAYASIA



jom buka bungkusan nie....aik...pos set pinggan mangkuk lak....yer ke?apa sal ringan je...ni kotak mcm kenal je.....
buka dalam apa benda yang ada.....
keropok sira NORDIN wakaf che kapor

sampul roadtax kete



jom mkn kerepok sira...sedap


Tak Sabar Nk tunggu ORG BARU


aku happy sgt bila..org umah aku disahkan mengandung 6 minggu...rezeki dari ALLAH S.w.T..jadi papa tahun depan..nampak gaya aku kena simpan duit utk org baru..aku pun kena jaga org umah aku dengan sebaik mungkin..leni dia dah mula2 loya lak...mesti mengidam mcm..sabar je lah......

Facebook milik Yahudi rupanya...

Aku betul betul tak tau pasal benda nih.

Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi.

Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!


Baca Dibawah!!

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?


Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..
kepada saudara muslimin muslimat..
tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Sumber : e-mail aku
Asal artikel : jerungperkasa.com

Jomm lihat flick sy

sy saje nk bg tunjuk flick sy nie.jom singgah tgk2 ni link dia

http://www.flickr.com/photos/ammer/




Nak Perkenalkan ADK2 kesayangan

ni nk sy nk kenal kan adk2 nakal dan buas gile....no 10 nie nama KHAIRUDDIN..panggil khai je....mcm nama artis je..umur baru 5 tahun..dah sekolah tadika..kena atar awal skit biar pandai belajar..dia nie pendiam skit...malu skit....kita tgk adk bw dia ni ek




ni budak mmg licik..buas gile sgt...aktif sgt..sampai mama sy pening kepala layan kerenah dia...dia ni tak takut org.....dia pantang tgk bdk2 kecil mesti nk cubit je...nama dia ni LUQMAN HAKIM..tgk muka pun dah ganas...umur dia nie 4 tahun..tak leh sekolah lagi..BAHAYA..knp bahaya..bayang lah mula2 atar abg dia ke sekolah..buleh dia duk atas TV sekolah...mmg nakal sgt...dia dulu lahir tak cukup bulan..7 bulan je..selamat leh idup lagi..masa 2 sy ada kat poly johor...nie kuat minum susu dada dr kecil mungkin dia jadi terlebih aktif....

Bold

abg rindu kamu semua..bila leh jupe?jupe raya nanti lah

Format Komputer V101



hai semua..hari ni sy format pc kat MAKMAL KOMPUTER ANALISIS DAN REKABENTUK DATA ..huhuh penat juga..dah pc lama..byg lah cpu pentium 2.4..ram 256 ...pelahan gile....dah suruh KETUA MAKMAL beli baru tak tahu lah bila agak nya dapat baru mcm pic bawah brand HP



dah siap semua..jom tido jap




Bersama Isteri Tercinta



Saya telah berkahwin pada 25.12.2007 rase tahu kan hari apa masa itu..rase tarikh 2 senang nk ingat skit..hehe..kami bercinta selama 3 tahun..lama ke?detik perkenalan kami ni melalui ICT..canggih mcm wardina(artis bertudung)kenal dalam Yahoo Messenger ..masa 2 just kawan2 lama2 timbul rase cinta lak...bayang lah tak pernah jupe..maklum lah sorang kat selatan (poly johor) sorang lagi utara (UUM). First time jupe masa dia cuti sem..kami jupe kat machang,kelantan..rase berdebar lak...masa dia bt pratikal kat marang,terengganu family sy byk membantu dia kat cna..masa 2 lah family saya suka kat dia..dia mempunyai sifat2 rajin,pandai memasak,pandai jaga ati org tua,hormat org tua,adk2 sy suka kat dia..


sy nie ahli PROSBOC





sy ni ada pemilik kete saga blm..sy ahli kelab kereta PROSBOC..mari lah join bersama2 leh tukar fikiran antara ahli2 lain...leh juga tgk kereta ahli2 yg dah ubah...mcm ada sagaru..bmwsaga

kali pertama bt blog

tanggal 1.7.09 sy bt blog...tak reti sangat pasal blog nie...kena belajar....